Page 107 - Manual Perhubungan Awam
P. 107
Tatacara dan kriteria pemilihan kandungan berita/bahan/melalui media sosial rasmi jabatan adalah seperti
berikut:
a. Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;
b. Memastikan setiap komen/pernyataan atau maklumat yang dikongsi:
i. Tidak menjejaskan imej Kerajaan;
ii. Tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;
iii. Tidak mengandungi maklumat rahsia dan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman
yang boleh menyentuh sensitiviti umum;
iv. Tidak mengandungi unsur lucah;
v. Tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan dan menyalahi undang-undang;
vi. Tidak mengaibkan individu/kumpulan tertentu
c. Sebarang pengumuman rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dan
sumber utama daripada BERNAMA dan RTM boleh dimuat naik di media rasmi Jabatan Penerangan
Malaysia seterusnya dikongsi oleh bahagian/JaPen Negeri dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
d. BMS perlu membuat pemantauan setiap bahan hebahan yang akan dimuat naik di media sosial
rasmi JaPen di negeri termasuk media sosial Pusat Maklumat Rakyat (PMR).
4. Bahagian/Cawangan bertanggungjawab menyediakan bahan/informasi terkini bagi tujuan hebahan di
media sosial:
a. Admin media sosial rasmi JaPen perlu memuat naik minima lima keping gambar atau video tentang
program/aktiviti rasmi yang telah dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh aktiviti
berlangsung.
b. Pemilihan foto/video adalah berdasarkan kriteria berikut:
i. Foto/video yang menunjukkan pelaksanaan program/aktiviti JaPen secara profesional dan
mempamerkan wajah-wajah VVIP yang hadir.
ii. Foto video hendaklah disertakan dengan penerangan (kapsyen).
iii. Foto/video yang boleh meningkatkan imej JaPen dan KKMM.
iv. Foto/video yang boleh mengalakkan perbincangan serta percambahan idea kreatif dan inovasi;
v. Foto/video yang dapat mempromosikan program dan aktiviti JaPen.
vi. Foto/video hendaklah jelas (sharp). Contoh: Bahan/artikel surat khabar perlu diimbas terlebih
dahulu sebelum dimuat naik.
c. Foto/video yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:
i. Foto/video yang tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan program/aktiviti JaPen. Contoh:
Program ceramah tetapi foto menunjukkan pegawai sedang menikmati jamuan;
ii. Foto/video yang boleh menjejaskan imej dan etika pegawai JaPen. Contoh: Foto pegawai
dengan mata terpejam, menggaru atau sedang menguap;
iii. Foto/video yang diambil dari sudut yang tidak sesuai. Contoh: Bilik seminar yang kosong;
iv. Bahan/artikel surat khabar yang dimuat naik terus dari telefon bimbit.
99M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia