Page 108 - Manual Perhubungan Awam
P. 108
5. Pasukan Pengendali Media Sosial JaPen bertanggungjawab untuk:
a. Menyemak dan mengemaskini kandungan media sosial secara berterusan.
b. Menyemak dan memilih foto/video yang sesuai untuk dimuat naik.
c. Memberi maklum balas kepada pertanyaan di peti pesanan dengan serta-merta selepas menerima
input berkaitan.
d. Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya.
e. Menggalak dan mempromosikan penggunaan media sosial JaPen.
f. Menapis komen/penyataan atau maklumat daripada netizen.
g. Menghapuskan pautan/iklan/perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak luar yang sama sekali tidak
berkaitan dengan Kerajaan serta mewujudkan pautan kepada blog/laman web/media sosial yang
berkaitan dengan JaPen, KKMM atau Kerajaan sahaja.

6. Perkongsian berita/program/aktiviti KKMM di media sosial rasmi JaPen:
a. CMS/PMR perlu memberikan pautan hantaran masing-masing kepada pengendali media sosial
rasmi BMS Ibu Pejabat bagi tujuan pemantauan berkala secara harian.
b. Laporan media sosial rasmi boleh dihantar melalui grup WhatsApp atau e-mel rasmi BMS
c. Pengendali media sosial JaPen akan berkongsi berita/program/aktiviti mengikut kriteria perkara
no. 3 (b).

7. Penggunaan tanda pagar juga adalah merupakan salah satu enjin pencarian di media sosial dan
memudahkan orang awam mencari informasi. Berikut adalah tanda pagar yang disarankan di media sosial
JaPen:
►► #JabatanPenerangan
►► #SayangiMalaysiaku
►► #MalaysiaBersih
►► #KemakmuranBersama
►► #Belanjawan2020
►► #KitaMalaysia
►► #Malaysia

100 M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112