Page 25 - Manual Perhubungan Awam
P. 25
Contoh Garis Panduan Petugas Media Di Parlimen Semasa Pandemik Covid-19

Garis Panduan Petugas Media Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Keempat Belas
Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara serta langkah-
langkah pencegahan lanjut bagi mengekang penularan Covid -19 dan memastikan persidangan Parlimen dapat
dilaksanakan dalam keadaan selamat, semua petugas media diingatkan untuk mematuhi peraturan yang
ditetapkan seperti berikut:
1) Petugas media hendaklah mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM :

►► wajib memakai pelitup muka
►► penjarakan sosial (kekal jaga jarak 1 meter)
►► menjaga kebersihan dengan selalu membasuh tangan atau memakai hand sanitizer
2) Hanya petugas media/agensi yang menghadiri ujian saringan Covid -19 dan hasil keputusan negatif sahaja
yang akan dibenarkan masuk bertugas.
3) Petugas media/agensi harus hadir sebelum jam 8.00 pagi bagi mengelakkan kesesakkan sewaktu saringan
di pintu masuk utama dan di pintu 3.
4) Semua petugas media dikehendaki masuk ke Blok Utama, Parlimen melalui Pintu 3 sahaja dan akan
disaring oleh petugas KKM dan anggota keselamatan Parlimen.
5) Jurufoto dan juruvideo adalah STATIK (tiada pergerakan) dan tidak boleh berlegar-legar di kawasan lobi
bagi kedua-dua dewan kecuali petugas juruvideo dan juruaudio yang terlibat dengan pemasangan.
6) Jurukamera dan juruvideo harus berada di tempat yang telah ditetapkan dan kekal menjaga jarak fizikal 1
meter antara satu sama lain.
7) Wartawan dan petugas teknikal media dikehendaki berada di Pusat Media sahaja dan tidak dibenarkan
untuk keluar sehingga majlis selesai.

17M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30