Page 20 - Manual Perhubungan Awam
P. 20
Dianggarkan seramai 300,000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan bangsa telah membanjiri Dataran Putrajaya pada hari ini untuk menzahirkan rasa
cinta kepada Negara dengan bersama-sama hadir meraikan sambutan Hari
Kebangsaan 2019. Pengunjung yang hadir seawal 6.00 pagi dilihat begitu teruja
dengan acara-acara yang telah diatur. Turut kelihatan pelancong-pelancong asing
yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah pada hari ini.
Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 kali ini telah
dipengerusikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan
Multimedia. Manakala bagi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019
telah diurus setiakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
dengan garapan dan penyelarasan persembahan yang diketuai oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama-sama dengan penyertaan
daripada seluruh agensi Kerajaan, swasta, NGO dan para pelajar.
Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 pada tahun ini melibatkan
34 kontinjen yang membabitkan penyertaan lebih daripada 14,885 orang peserta dari
sektor awam, swasta, NGO dan para pelajar. Secara keseluruhannya, 34 kontinjen ini
telah dibahagikan kepada ENAM (6) kontinjen utama iaitu :

1. Kontinjen Kenegaraan
2. Kontinjen Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
3. Kontinjen Perkhidmatan Awam
4. Kontinjen GLC dan Sektor Swasta
5. Kontinjen Ketenteraman Awam
6. Kontinjen Keselamatan Negara

2

12 M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25