Page 37 - Manual Perhubungan Awam
P. 37
PEMANTAPAN IMEJ
Penampilan diri adalah salah satu aspek yang penting dalam membentuk penilaian peribadi seseorang Pegawai
Perhubungan Awam. Penampilan diri bukan sahaja memberi satu gambaran yang positif terhadap nilai diri yang
ada pada seseorang tetapi juga mampu mempengaruhi prestasi kecemerlangan individu itu sendiri. Imej yang
berpadanan dengan bidang kerja akan mewujudkan suasana kerja yang selesa di dalam sesebuah organisasi atau
acara.
II. PELAKSANAAN
Pegawai Perhubungan Awam perlu berketerampilan menarik untuk membina persepsi pertama yang positif di
kalangan pelanggan.
Pemantapan imej mengambil kira beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam membina penampilan
diri iaitu potongan rambut, pilihan warna dan corak, jenis pakaian, aksesori, gaya dan cara percakapan.
III. JENIS ACARA/ MAJLIS
Mengenal pasti jenis acara dan majlis yang akan dihadiri. Jenis-jenis majlis boleh dibahagikan
kepada enam (6) iaitu Rasmi, Rasmi dan Formal, Rasmi dan Tidak Formal, Tidak Rasmi,
Tidak Rasmi tetapi Formal dan Separa Rasmi. Sementara acara pula boleh diklasifikasikan kepada dalaman,
luaran, kebangsaan dan antarabangsa.
IV. JENIS-JENIS MAJLIS
a. Rasmi - Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang mendapat
kelulusan peruntukan Kerajaan.
b. Rasmi dan Formal - Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti hari bekerja dari
Isnin sehingga Jumaat di pejabat, di luar pejabat, majlis penuh istiadat, majlis jamuan (malam atau hujung
minggu iaitu di luar waktu rasmi bekerja). Majlis yang melibatkan Pembesar Negara/Negeri dan menepati
aspek protokol secara penuh.
c. Rasmi dan Tidak Formal - Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun
padang, lawatan dan majlis perasmian. Terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol.
d. Tidak Rasmi - Merupakan majlis yang dianjurkan oleh agensi-agensi Kerajaan/swasta yang tidak melibatkan
peruntukan Kerajaan serta aspek protokol sepenuhnya.
e. Tidak Rasmi Tetapi Formal - Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti
individu atau Pertubuhan/Kelab. Majlis dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada Senarai Keutamaan
Persekutuan dan Negeri.
f. Separa Rasmi - Majlis/aktiviti seperti kejohanan sukan dan riadah. Sebahagian sumber peruntukan dari
Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan atau pertubuhan.
29M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia