Page 38 - Manual Perhubungan Awam
P. 38
V. PANDUAN PEMANTAPAN IMEJ

PAKAIAN SEMASA BEKERJA
Dalam waktu bekerja, setiap PPA dikehendaki mematuhi etika berpakaian seperti mana yang telah
dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri. Bagi pemakaian ketika menghadiri majlis, penganjur kebiasaannya
akan mencatat jenis pakaian pada surat/ kad jemputan supaya dif jemputan akan memakai pakaian yang
ditetapkan dan bersesuaian dengan majlis/acara yang diadakan.

KEBERSIHAN DIRI
PPA hendaklah memastikan kebersihan diri diutamakan. Kebersihan juga meliputi dandanan rambut,
keadaan pakaian dan kebersihan mulut dan kuku.

TEMPAT KERJA
PPA hendaklah memastikan tempat kerja terutama tempat yang dibenarkan orang awam masuk sentiasa
dalam keadaan yang bersih dan teratur.

KOMUNIKASI
PPA hendaklah memastikan ketika berkomunikasi dengan pelanggan sama ada melalui telefon mahupun
bersemuka penggunaan bahasa yang betul dan tona suara yang jelas perlu dititik beratkan.

GAYA
Menampilkan gaya (cara berjalan, cara ketawa dan mimik muka) yang betul semasa berinteraksi dengan
pelanggan adalah sangat penting untuk memberi persepsi yang baik kepada organisasi.

“The media’s the most powerful entity on earth. They have the power to make the innocent guilty and to
make the guilty innocent, and that’s power.”
- Malcolm X

30 M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43