Page 49 - Manual Perhubungan Awam
P. 49
GURUSAN ACARA

Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan Acara ini bertujuan memaklumkan aspek pengurusan acara
rasmi dan tidak rasmi. SOP Pengurusan Acara ini merujuk kepada protokol Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri, Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.
SOP Pengurusan Acara ini menjadi panduan dan rujukan dari semasa ke semasa sebagai usaha untuk memperkasa
imej Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.
Perkara-perkara di dalam SOP Pengurusan Acara adalah:
i. Jawatankuasa Pengurusan Media/Publisiti/Promosi/Penerbitan/Pameran/ Kempen;
ii. Penyelaras Utama Pameran Korporat;
iii. Pengacara Majlis (jika perlu);
iv. Penyediaan Skrip Pengacara Majlis;
v. Penyelaras Teks Ucapan (mengikut keperluan dan kesesuaian); dan
vi. Penyelaras Protokol.

I. JPAEWNAERTABNITKAUNA/SAPAPMENERGAUNRU/ SKAENMPMEENDIA / PUBLISITI / PROMOSI /

Media dan publisiti amat penting bagi mempromosi dan menaikkan nama dan jenama Kementerian/Jabatan/
Agensi Kerajaan. Pengurusan dan publisiti media perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Pegawai
Perhubungan Awam perlu merancang dan mempromosikan program seperti persidangan, bengkel, seminar,
lawatan pembesar kenamaan, syarahan awam, kenyataan media dan lain-lain.
Kejayaan sesuatu program diukur melalui publisiti yang disalurkan kepada media. Publisiti melalui media menjadi
agen dalam menghebahkan sebarang majlis sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pegawai Perhubungan Awam bertanggungjawab melaksanakan perhubungan media terutamanya perkara
berkaitan dengan sesuatu majlis seperti Siaran Media, Kenyataan Media, Jemputan Media, Kit Media dan lain-
lain.
Pegawai Perhubungan Awam juga perlu:
►► Memastikan kehadiran/pendaftaran media;
►► Menyelaras publisiti media;
►► Memastikan liputan foto;
►► Menyediakan Siaran Media;
►► Menyediakan Kenyataan Media;
►► Menyediakan Jemputan Media/Nota Kepada Pengarang;
►► Menyediakan Kit Media;
►► Menyelaras pengurusan media (posisi & pergerakan petugas media); dan
►► Menguruskan penafian melalui media (sekiranya perlu).

a) Jenis-Jenis Majlis

Sila rujuk Bab IV – Pemantapan Imej.

41M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54