Page 52 - Manual Perhubungan Awam
P. 52
VI. PENYELARAS PROTOKOL

Terdapat 20 elemen protokol dan 13 elemen etiket perlu diambil perhatian seperti berikut:

20 Elemen Protokol
1. Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri;
2. Susunan Keutamaan Persekutuan dan Negeri;
3. Panggilan Hormat bagi Orang-Orang Kenamaan;
4. Senarai jemputan majlis/acara;
5. Pengurusan kad jemputan;
6. Penyusunan tempat duduk bagi pelbagai majlis/acara;
7. Penyusunan tempat duduk bagi majlis/acara jamuan;
8. Susunan bendera;
9. Atur cara majlis/acara di dalam dewan dan di luar dewan;
10. Pengacaraan majlis/acara formal;
11. Fungsi pegawai protokol dan pegawai pengiring (liaison officer);
12. Peranan penyambut tetamu dalam majlis/acara formal;
13. Pemilihan sajian;
14. Penggunaan Lagu Kebangsaan mengikut majlis/acara;
15. Penyusunan gambar orang-orang kenamaan di dinding (jika berkaitan);
16. Bahasa dan kesopanan Istana (jika berkaitan);
17. Kesempurnaan pakaian di dalam majlis/acara tertentu;
18. Pemakaian Anugerah Darjah Kebesaran (jika berkaitan);
19. Urusan menandatangani surat perjanjian (jika berkaitan); dan
20. Program dan atur cara pentadbiran.

13 Elemen Etiket
1. Etika berpakaian;
2. Kesesuaian pakaian mengikut majlis/acara;
3. Penampilan dan penggayaan diri;
4. Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan;
5. Kemahiran dalam perbualan sosial;
6. Kesopanan menghadiri majlis/acara jamuan ringan secara berdiri;
7. Kesopanan menghadiri majlis/acara jamuan ringan secara duduk;
8. Kesopanan tuan rumah dan tetamu (untuk majlis/acara di dalam rumah);
9. Kesopanan tuan rumah dan tetamu (untuk majlis/acara di luar rumah);
10. Menghadiri pelbagai majlis/acara formal;
11. Penggunaan peralatan jamuan mengikut majlis/acara (contoh: cutlery);
12. Cara menghidang; dan
13. Tertib di meja makan.

44 M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57