Page 112 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 112
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Langkah berani yang telah diambil kerajaan sejak 2011 telah berjaya mencetus momentum
serta meletakkan Malaysia pada landasan ekonomi yang kukuh. Langkah tersebut seperti
pemansuhan subsidi minyak, pengurangan kebergantungan kepada pendapatan minyak,
rasionalisasi subsidi dan juga memperkenalkan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
telah memberi banyak pulangan kepada rakyat dan negara.

BR1M Memanfaatkan 4.7 Juta Isi Rumah
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta
individu bujang dari seluruh Malaysia. Ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke
bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Peserta di bawah program
eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah akan turut menerima BR1M.
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117