Page 116 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 116
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Agama BANK ISLAM

Sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini, Malaysia gah di mata dunia sebagai sebuah negara
Islam yang pesat membangun serta dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan negara
walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj Dilantik Setiausaha Agung OIC
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang
telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dari 1971
hingga 1973. Malaysia juga telah dipilih menjadi Pengerusi OIC pada Sidang Kemuncak OIC
ke-10 pada 16 September 2003 selama tiga tahun. Kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengukuh dan menyerlahkan lagi peranan
negara dalam meningkatkan pembangunan syiar Islam di peringkat global.
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121