Page 120 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 120
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Dua Hakim Wanita Pertama
Mahkamah Tinggi Syariah Dilantik
Pada pertengahan tahun 2010 buat pertama
kalinya, dua wanita Melayu dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Syariah di negara ini, iaitu Suraya Ramli
dan Rafidah Abdul Razak. Pada tahun 2006, Majlis
Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa wanita
boleh dilantik menjadi hakim syariah tetapi tidak
boleh memutuskan kes-kes melibatkan hudud dan
qisas.

Pada 27 Jun 2016 pula, dua orang hakim wanita
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Selangor iaitu Nenney Shuhaidah
Shamsuddin,41,(kanan) dan Noor Huda Roslan,40
(kiri). Pelantikan itu berjaya menolak persepsi
negatif sesetengah pihak terhadap wanita yang
prejudis terhadap peranan wanita dalam menggalas
tanggungjawab yang selama ini hanya dipelopori
kaum lelaki. Ia sejajar dengan ajaran Islam yang
memberi peluang kepada wanita menuntut ilmu
dan terlibat dalam proses membuat keputusan di
peringkat tertinggi organisasi.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125