Page 154 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 154
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Sukan

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia.
Dari segi pencapaian, Malaysia telah melalui satu anjakan paradigma dengan kita banyak mencipta
kejayaan di peringkat Asia dan dunia. Kejayaan yang dimiliki ini, memberi satu gambaran bahawa
Malaysia berjaya merangkul kecemerlangan dalam lapangan sukan khususnya badminton, hoki, skuasy
dan banyak lagi, malah lebih membanggakan apabila kejayaan Malaysia diiktiraf di mata dunia.

Badminton Rangkul Rekod Lima Kali Menang Piala Thomas
dan Pemain Nombor Satu Dunia
Malaysia berjaya mencipta rekod lima kali memenangi Piala Thomas
iaitu kali pertama pada 1949 dan terakhir pada 1992. Malaysia juga
bertuah kerana mempunyai jaguh badminton terkemuka negara
seperti Datuk Misbun Sidek, Datuk Razif Sidek, Datuk Rashid Sidek
dan Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei pernah mendapat
gelaran pemain Badminton No. 1 Dunia. Beliau berjaya merangkul
dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada
tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam
pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya
dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan
beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159