Page 156 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 156
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Malaysia Lahir Perenang Terbaik Dunia
Malaysia pernah melahirkan perenang yang berjaya di rantau Asia
Tenggara seperti ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah, Jeffry Ong,
Alex Lim Keng Liat dan Daniel Bego. Nurul Huda mula bertanding di
Sukan SEA 1985 di Bangkok dengan memenangi 13 pingat emas ketika
berusia 13 tahun.

Kejayaan terus dilakar dalam sukan renang apabila Pandalela Rinong,
19 tahun, mengharumkan nama Malaysia di pesada dunia dengan
menyumbangkan pingat Gangsa dalam acara terjun 10m platform di
Sukan Olimpik London 2012 dan pemenang pingat perak acara 10m
platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Rio 2016. Kejayaan
ini sekaligus menjadikannya sebagai atlet wanita Malaysia pertama
menyumbang pingat dalam sejarah sukan Olimpik.
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161