Page 160 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 160
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Faiz Subri Pemain Asia Pertama
Terima Anugerah Puskas Fifa 2016
Mohd Faiz Subri mencipta sejarah
sebagai pemain Asia pertama merangkul
Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (Fifa) pada 9 Januari 2017
di Zurich untuk jaringan gol paling cantik
sepanjang 2016, justeru meletakkan
namanya sebaris dengan pemenang
terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano
Ronaldo dan Neymar. Penyerang Pulau
Pinang berusia 29 tahun itu menerima
anugerah tersebut hasil keunikan sepakan
percuma ketika membantu Pulau Pinang
menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan
Liga Super di Stadium Bandaraya,
Pulau Pinang, pada 16 Februari 2015.
Jaringannya disifatkan “melanggar hukum
fizik”. Jaringan luar biasa beliau itu, antara
yang dianggap paling menarik sepanjang
tahun 2016, mendapat pengiktirafan
antarabangsa.

Kejohanan Le Tour D’ Langkawi (LTdL)
Kejohanan Le Tour D’ Langkawi (LTdL)
dengan edisi pertama telah diadakan
pada 1996. Kini, LTdL menjadi perlumbaan
berprestij dan besar di luar Eropah
sehingga badan induk antarabangsa,
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa
(UCI) memberi penghargaan tertinggi –
Anugerah Merit UCI kepada negara kerana
memperkenalkan Kejohanan Le Tour de
Langkawi pada mata dunia. LTdL 2006
terus mendapat status Hors Category oleh
Kesatuan Lumba Basikal Dunia (UCI). Hors
merupakan pengiktirafan yang tertinggi
diberikan oleh UCI pada perlumbaan
basikal dunia.
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165