Page 69 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 69
ARAKU TAHUN MERDEKA 55
Keringat Di tabur Demi Sebuah Perjuangan
Che’ Sab@Sabudin Bin Taib, 92 atau lebih dikenali sebagai Pak
Sab merupakan seorang mantan Operator Wayang Gambar pada
1947 di Jabatan Penerangan Malaysia yang dahulunya dikenali
sebagai Jabatan Perhubungan Raya.
Tugasnya agak mencabar kerana selain perlu membawa unit
bergerak (lori) ke lokasi-lokasi tayangan wayang pacak, beliau
juga perlu menyediakan dan menguruskan wayang pacak
dapat dilaksanakan bagi menyampaikan dasar kerajaan
selain salah satu daripada usaha memenangi hati
rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Menceritakan detik cemas sewaktu beliau
ditugaskan membawa unit bergerak bagi
tayangan wayang pacak di Bukit Fraser,
tanpa disangka mereka diserang hendap
oleh pengganas komunis.
“Serangan bertubi-tubi dari pihak komunis menyebabkan hampir dua jam kami
yang bersama-sama rombongan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris
di Tanah Melayu diserang hendap oleh pihak lawan. Nasib tidak menyebelahi,
apabila Sir Henry Gurney mati ditembak dalam serangan hendap pengganas
komunis tersebut. Bagaimanapun, pasukan tentera Gurkha yang mengiringi
rombongan berjaya mematahkan serangan dan pihak musuh berundur,”
kata Pak Sab yang telah berkhidmat hampir 33 tahun.