Page 65 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 65
NEGARAKU TAHUN MERDEKA 51
Walaupun dalam keadaan kelaparan, penduduk kampung tetap meneruskan
perjuangan. Semasa berkhidmat dalam HomeGuard Che Minar telah
beberapa kali bertempur dengan komunis. Ketika Kampung Manjor diserang
hendap oleh segerombolan komunis, beliau dan rakan-rakan membalas
serangan itu.
Dalam pertempuran itu, menyedari keberanian dan semangat juang yang
tinggi pasukan Home Guard wanita ini, pengganas komunis terus melarikan
diri. Beliau juga pernah menembak seorang wanita Orang Asli yang menjadi
tali barut komunis. Orang Asli diupah oleh komunis untuk memotong
dawai yang mengelilingi Kampung Manjor agar mereka boleh menceroboh
untuk merampas harta dan hasil pertanian serta menganggu keselamatan
kampung.
Namun bunyi yang dihasilkan daripada dawai yang tegang memberi
isyarat kepada Che Minar dan rakan-rakannya bahawa pengganas berada
berhampiran kawasan kawalan dan terus menggagalkan niat musuh
masyarakat itu.