Page 77 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 77
NEGARAKU TAHUN MERDEKA 63

4 Perarakan menuntut kemerdekaan daripada pelbagai kaum diadakan
pada 7 Julai 1954 di Kuala Lumpur. Perarakan ini bagi menuntut
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari pihak British secara aman.

6 Pada 30 Ogos 1957 tepat jam 12.00 tengah malam di Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur, upacara menurunkan bendera
Union Jack diadakan bagi menandakan berakhirnya penjajahan
British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang
berdaulat. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan
oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil
disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

7 Stadium Merdeka yang menjadi lokasi upacara
Pemasyhuran Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957,
telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
pada 30 Ogos 1957. Stadium yang siap dibina pada 21 Ogos 1957,
direkabentuk oleh S.E.Jewkes dari Cawangan Kejuruteraan Ibu
Pejabat, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Perletakan batu asas
Stadium Merdeka telah disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj pada 15 Februari 1957.

5 Rombongan kemerdekaan pertama bertolak ke London pada 18
Januari 1956 diikuti rombongan kedua pada 27 Disember 1955.
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82