Page 79 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 79
NEGARAKU TAHUN MERDEKA 65

12 Laungan MERDEKA sebanyak
tujuh (7) kali telah dilaungkan
buat pertama kali pada 20 Februari 1956
di hadapan kira-kira 100,000 orang
yang berkumpul di Padang Bandar Hilir,
Melaka sejurus Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj bersama delegasi tiba
untuk mengumumkan hasil rundingan
Perjanjian London bersama pihak
British untuk menuntut kemerdekaan
telah berjaya. Dalam laungan tersebut,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah menggenggam erat tangannya
bermaksud kemerdekaan kini berada
dalam genggaman Persekutuan Tanah
Melayu. Negeri Melaka turut dipilih
sebagai tempat untuk mengumumkan
keputusan yang diperoleh semasa
Delegasi Kemerdekaan pulang dari
London kerana Melaka adalah tempat
pertama negara dijajah.

14 Sir Donald McGillivray merupakan Pesuruhjaya Tinggi terakhir
yang berkhidmat di Persekutuan Tanah Melayu (1954-1957).
Beliau dan isteri Lady McGillivray diiringi dengan penuh hormat oleh
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Raja
Permaisuri Agong, Tunku Khurshiah sebelum menaiki penerbangan
ke London di Lapangan Terbang Sungai Besi pada Ogos 1957.

13 Tangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dibuka dan
dijulang sewaktu laungan merdeka kali kedua di Stadium
Merdeka untuk memberitahu bahawa negara ini secara mutlaknya
telah mendapat kemerdekaan secara rasmi.
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84