Page 30 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 30
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Komponen Perpaduan
Pendidikan
Pendidikan menjadi komponen yang sangat penting dalam perpaduan kerana
menerusi pendidikan, masyarakat akan terdidik sejak dari usia muda lagi.
Subjek-subjek berkaitan perpaduan sudah ada dalam silibus mata pelajaran
bagi membolehkan generasi muda mengenali Malaysia yang menaungi rakyat
pelbagai kaum.
Penekanan mengenai perpaduan dalam pendidikan harus diterapkan bersama-
sama bukan saja oleh guru-guru di sekolah, tetapi juga ibu bapa di rumah.
Sektor pendidikan menjadi kunci kepada perpaduan kaum dengan kewujudan
sekolah kebangsaan yang menghimpunkan semua kaum di bawah satu bumbung
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Penerapan dan penghayatan perpaduan dalam sektor pendidikan harus diberi
perhatian serius demi membina sebuah negara yang harmoni dan makmur.
26

