Page 25 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 25

Perpaduan
                                                                    Dalam
                                                               Kepelbagaian


              Komponen Perpaduan
                            Sukan




          Aktiviti sukan bukan sahaja          Aksi atlet negara di temasya sukan
          mampu menyihatkan tubuh badan,       khususnya di peringkat
          malah ia boleh dijadikan medium      antarabangsa sememangnya
          untuk menyatupadukan                 dapat membuka mata dunia
          masyarakat berbilang kaum tanpa      terhadap kemampuan Malaysia. Ia
          mengira usia dan latar belakang.     juga secara tidak langsung
                                               mampu menyemarakkan lagi
          Semangat kesukanan yang tinggi       semangat perpaduan antara
          dalam kalangan masyarakat            rakyat berbilang kaum yang
          menjadi pengikat kepada              bersama-sama bersorak memberi
          perpaduan kaum apabila kita          sokongan kepada mereka.
          mampu bersorak bersama-sama di
          tempat duduk penonton mahupun
          di kedai makan.




         Bola Sepak



         Ketangkasan pasukan bola sepak
         Harimau Malaya menentang pasukan
         lawan sentiasa mendapat perhatian
         penyokong pelbagai kaum dan agama
         yang tidak jemu bersama-sama
         memberikan sokongan padu di
         stadium mahupun di rumah atau
         restoran.

         Aksi lincah pemain membangkitkan
         semangat kebersamaan antara satu
         sama lain. Sama-sama rasa

         gembira apabila menang dan
         sama-sama rasa kecewa ketika
         pasukan tewas.




                                          21
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30