Page 42 - Raja Payung Negara
P. 42
IADAT MELAFAZ
SUMPAH BAGI YANG
DI-PERTUAN AGONG

Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani
Surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan
Agong XIV dimulakan dengan Mesyuarat Khas Majlis Raja-
Raja Melayu yang ke-227 di Balairung Seri Istana Negara.
Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Tuanku Raja Perlis,
Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail.

Istiadat bermula apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Datuk Syed Danial Syed Ahmad mempersembahkan dokumen
surat sumpah kepada Tuanku Alhaj Abdul Halim. Baginda
kemudiannya membaca lafaz sumpah dan menandatangani
surat sumpah itu di hadapan Raja-Raja Melayu. Dua orang
saksi yang terdiri daripada Raja Melayu ialah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ahmad Shah (Pahang) dan Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Azlan Shah (Perak). Istiadat diteruskan
dengan lafaz sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Muhammad V. Sejurus selepas itu, doa dibacakan oleh
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Kemudian Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memohon
perkenan Raja-Raja untuk menangguhkan Mesyuarat ke
tarikh yang akan diberitahu.

026 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47