Page 40 - Raja Payung Negara
P. 40
IADAT
KEBERANGKATAN
TIBA
SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG XIV DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA
PERMAISURI AGONG
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat tiba di
Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 13 Disember 2011 bagi
menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani
surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong
XIV. Ketibaan Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah
bersama-sama dengan Sultanah Hajah Haminah disambut
oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada
ketika itu Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri
Puan Sri Masnah Rais.
Seramai 29 anggota dan pegawai daripada Batalion Keenam
Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat
setempat. Tuanku berdua kemudian berangkat ke Dataran
Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih oleh Raja-
raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana
Negara pada 14 Oktober 2011 sebagai Yang di-Pertuan Agong
ke-14 untuk tempoh lima tahun. Sultan Kelantan, Sultan
Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan
Agong bagi tempoh yang sama. Pelantikan ini merupakan
kali kedua Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih
sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada
21 September 1970.
024 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman