Page 49 - Raja Payung Negara
P. 49
iadat diteruskan dengan membawa masuk baki alatan
kebesaran seperti Cogan Agama, Cogan Alam, Cokmar,
Nobat, Keris Panjang Diraja, Panji-Panji Yang di-Pertuan
Agong, Kalung Diraja, Gendik Diraja, Pending Diraja,
Muskat, Tengkolok Diraja, Tombak Berambu dan Payung
Ubur-Ubur Kuning yang diketuai oleh Pemangku Datuk
Paduka Maharaja Lela, Encik Azuan Effendy Zairakithnaini
bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Awang Kechik
Abdul Rahman kemudian membawa masuk senaskhah
al-Quran, Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris
Kerajaan, Surat Perisytiharan dan Warkah Ikrar yang dibawa
oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diikuti Pegawai Agama
Istana Negara, Datuk Abd Aziz Che Yacob dengan diiringi
paluan nobat.

Naskhah al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam
sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Baginda mencium al-Quran dan meletakkannya di atas rehal
yang terletak di atas meja tengah di antara Seri Paduka
Baginda Tuanku berdua.

Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela kemudiannya
mempersilakan Perdana Menteri untuk membaca surat
perisytiharan. Kemudian diikuti dengan Pemangku Datuk
Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan
yang merupakan alat kebesaran kepada Yang di-Pertuan
Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus
dan mengucup sebelum menyarungkan semula keris itu
sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan.

033Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54