Page 52 - Raja Payung Negara
P. 52
nku Alhaj Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong V pada tahun 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini
empat dekad kemudian, Baginda ditabalkan sekali lagi sebagai
Yang di-Pertuan Agong XIV pada usia 84 tahun.

Menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana
Menterinya, Dato’ Sri Najib Tun Razak, di mana semasa
Tuanku Alhaj Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan
Agong V, Perdana Menteri pada masa itu ialah ayahanda Dato’
Sri Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni
itu turut disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk
Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-
wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang di-Pertua-
Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu
kehormat yang terdiri daripada Ketua-Ketua Perwakilan
Asing, Ketua-Ketua Diplomat Asing dan Ketua-Ketua Jabatan
Kerajaan.

036 Ucapan dan sembah tahniah daripada tetamu
yang hadir

Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57