Page 5 - Semarak Malaysia Edisi 2020
P. 5
1Kepercayaan Kepada Tuhan
Di Malaysia, masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
bangsa dan berbilang kaum. Agama merupakan
pegangan paling penting bagi rakyat Malaysia. Percaya dan
patuh kepada Tuhan adalah asas pembentukan rohani setiap
insan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga dapat meranapkan sesuatu bangsa dan
negara. Walaupun Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan
bahawa agama Islam merupakan agama rasmi tetapi agama lain
bebas untuk diamalkan. Hal ini jelas menunjukkan sikap toleransi
rakyat di negara Malaysia yang tidak membezakan warganya.
Sesungguhnya, tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang atau
alasan agama adalah dilarang sama sekali. Melalui kepercayaan agamalah
satu negara yang harmoni dapat diwujudkan.
2Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Kesetiaan kepada raja dan negara bermaksud, setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Tahap kesetiaan yang tinggi yang diberikan
kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja
adalah lambang perpaduan negara. Sikap kesetiaan ini
merupakan suatu nilai yang dapat dijadikan ikatan bagi
memupuk rakyat cinta akan negara. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Negeri merupakan simbol
keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini di samping
pelindung hak istimewa peribumi. Prinsip ini bertujuan untuk
menanamkan sikap bertanggungjawab, sanggup berkorban
demi negara dan memberikan sumbangan dalam pembangunan
negara. Sesungguhnya, penderhakaan kepada raja bermaksud
penderhakaan kepada negara.
3Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan negara diperkenalkan pada 16
September 1963 dan mengandungi 183 perkara yang
digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara
ini. Prinsip yang ketiga menekankan tentang kepentingan
rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran dan kemulian Perlembagaan Negara
yang berfungsi melindungi hak dan keistimewaan
rakyat sebagai warganegara. Melalui prinsip ini juga
masyarakat boleh memahami bahawa perlembagaan
merupakan sumber perundangan tertinggi yang
harus dipatuhi demi keharmonian negara. Ketinggian
perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen,
kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu,
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan
hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan Bumiputera
di Sabah dan Sarawak serta hak asasi dan kebebasan rakyat.
5