Page 6 - Semarak Malaysia Edisi 2020
P. 6
daulatan Undang-undang
Prinsip keempat yang terkandung di dalam
Rukun Negara adalah kedaulatan undang-
undang. Keadilan diasaskan berdasarkan kedaulatan
undang-undang iaitu setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara, tidak kira setinggi mana
darjat seseorang. Prinsip ini mewujudkan masyarakat
yang menghormati dan mengikuti undang-undang
negara kerana ia berfungsi memberi perlindungan
kepada semua masyarakat. Semua rakyat Malaysia bebas
menjalankan aktiviti asalkan tidak melanggar undang-
undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan
oleh Perlembagaan. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia wajib
mempertahankan kedaulatan undang-undang dengan jaminan di
bawah institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa kerana jika prinsip ini
tidak dapat diterima, sudah pasti hidup bermasyarakat tidak akan aman. Selain itu,
undang-undang penting bagi setiap negara untuk mengawal keadaan negara dan
menjamin kemakmuran negara.

5Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip kelima dalam Rukun Negara ini menuntut
agar rakyat bersopan dan bertatasusila yang
merangkumi amalan menolong antara satu sama
yang lain dengan tidak mementingkan diri
sendiri seperti enau dalam belukar. Prinsip
ini menekankan nilai-nilai murni yang
melambangkan keperibadian seseorang
individu agar berhemah tinggi dengan bersifat
simpati serta empati dan sentiasa berbudi
bahasa dalam pergaulan seharian. Sifat-sifat
ini amat penting untuk disemat dalam diri
setiap rakyat Malaysia kerana ia merupakan
salah satu cara untuk mengeratkan
perpaduan dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Melalui prinsip ini, seseorang
itu akan lebih berdisiplin serta bermoral tinggi
justeru melahirkan sebuah masyarakat yang
berwawasan. Jadi tidak hairanlah jika negara
Malaysia dipandang tinggi oleh bangsa asing kerana
perpaduannya serta sikap penduduk.

6 SEMARAK MALAYSIA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11