Page 4 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 4

Infomesen | 4                                                                            Inisiatif Kerajaan


        Pelaksanaan BUDI95 disambut baik oleh


        warga Bandaraya Kuching


           Oleh: Lydia Humphery Tungkat


        Inisiatif BUDI MADANI RON95 atau lebih dikenali sebagai BUDI95 khas untuk orang awam telah dilaksanakan
        secara serentak pada 30 September 2025 dan telah menerima sambutan baik positif daripada penduduk
        Bandaraya Kuching.

               BUDI95 adalah merupakan program subsidi petrol bersasar yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia
        dengan harga RM1.99 seliter berbanding harga runcit petrol tanpa subsidi ditetapkan RM2.60.  Oleh itu,
        warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu, boleh menerima subsidi
        sebanyak RM0.61 seliter di bawah pelaksanaan pemberian subsidi ini.

               Berbekalkan dengan had kelayakan 300 liter sebulan, manfaat bulanan boleh mencapai sehingga
        RM183 setiap orang. Ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan manfaat subsidi ini
        dalam masa yang sama memberi sinar baru dalam membantu meringankan beban kos sara hidup pada masa
        kini.

               Tinjauan ke beberapa buah stesen minyak di Bandaraya Kuching telah mendapati keadaan masih
        terkawal dan proses pembayaran di kaunter mahupun pam minyak berjalan dengan lancar.

               Menurut Steve Mcqueen Juis, 40, seorang penjawat awam menjelaskan bahawa perkhidmatan
        pembelian minyak petrol menggunakan MyKad sangat lancar pada hari pertama dan tiada masalah yang
        tidak diingini berlaku.





















             Steve Mcqueen Juis, 40, puas hati dengan kelancaran   Izreen Izrena Bujang, 35, menyifatkan sistem pengesahan MyKad
                 pelaksanaan BUDI RON95 pada hari pertama                       mudah dan efisien


               “Setakat ini, proses pembayaran di kaunter laju dan tidak mengalami sebarang masalah termasuk sistem
        pengesahan MyKad,” kata Steve.

               Mekanisme pengesahan MyKad untuk subsidi BUDI95 adalah sangat sistematik dan mudah. Pelanggan
        mesti mengimbas MyKad mereka pada mesin pembaca yang terdapat di pam minyak atau kaunter pembayaran
        setiap kali mereka ingin mengisi minyak di stesen minyak.

               Kemudian, sistem akan mengambil data daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan
        Pengangkutan Jalan untuk mengesahkan kelayakan penerima subsidi. Data ini termasuk umur, status
        warganegara dan lesen memandu aktif.

               Bagi Izreen Izrena Bujang, 35, pula menyatakan bahawa sistem pengesahan MyKad untuk subsidi BUDI95
        sangat mudah dan efisien.

               “Tadi saya hanya perlu mengimbas MyKad pada mesin pembaca di pam minyak dan  sistem secara
        automatik akan memeriksa kelayakan berdasarkan status warganegara dan lesen memandu yang sah,
        memastikan subsidi hanya diberikan kepada penerima yang layak.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9