Page 6 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 6

Infomesen | 6                                                                            Inisiatif Kerajaan


























                              Keadaan Stesen Minyak Petronas Petra Jaya pada hari pertama pelaksanaan
                                                BUDI RON95 kepada orang awam


                                                                               Inisiatif BUDI MADANI RON95 atau
                                                                       lebih dikenali sebagai BUDI95 khas untuk
                                                                       orang awam telah dilaksanakan secara
                                                                       serentak pada 30 September 2025 dan telah
                                                                       menerima sambutan baik positif daripada
                                                                       penduduk Bandaraya Kuching.

                                                                               BUDI95 adalah merupakan program
                                                                       subsidi petrol bersasar yang dikhaskan untuk
                                                                       rakyat Malaysia dengan harga RM1.99
                                                                       seliter berbanding harga runcit petrol
                                                                       tanpa subsidi ditetapkan RM2.60.  Oleh itu,
                                                                       warganegara Malaysia yang berumur 16
                                                                       tahun ke atas yang memiliki lesen memandu,
                                                                       boleh menerima subsidi sebanyak RM0.61
                                                                       seliter di bawah pelaksanaan pemberian
                                                                       subsidi ini.

                                                                               Berbekalkan dengan had kelayakan
                                                                       300 liter sebulan, manfaat bulanan boleh
                                                                       mencapai sehingga RM183 setiap orang.
                                                                       Ini mencerminkan komitmen Kerajaan
                                                                       MADANI dalam memastikan manfaat
                                                                       subsidi ini dalam masa yang sama memberi
                                                                       sinar baru dalam membantu meringankan
                                                                       beban kos sara hidup pada masa kini.

                                                                               Tinjauan ke beberapa buah stesen
                                                                       minyak  di  Bandaraya  Kuching  telah
                                                                       mendapati keadaan masih terkawal dan
                                                                       proses pembayaran di kaunter mahupun
                                                                       pam minyak berjalan dengan lancar.

                                                                               Menurut Steve Mcqueen Juis, 40,
                                                                       seorang penjawat awam menjelaskan
                                                                       bahawa perkhidmatan pembelian minyak
                                                                       petrol menggunakan MyKad sangat lancar
                                                                       pada hari pertama  dan tiada  masalah
                                                                       yang tidak diingini berlaku.




      Salinan resit mempamerkan subsidi RM1.99 kepada pelanggan yang layak
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11