Page 5 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 5
Inisiatif Kerajaan 5 | Infomesen
“Proses ini mengurangkan masa
menunggu dan memudahkan urusan
pengisian bahan api. Selain itu, mekanisme
ini juga mengelakkan penyalahgunaan
subsidi agar sumber negara digunakan
secara bertanggungjawab,” tambah
Izreen lagi.
Pengurus Stesen Petronas Petra
Jaya, Abang Khairul Anuar Abang Karim,
52, pula menyatakan proses pengesahan
lancar dan tanpa gangguan pada hari
pertama pelaksanaan kepada orang
awam menandakan keberkesanan sistem
dalam mendukung faedah kepada rakyat.
“Setakat pagi ini, sistem
pengesahan MyKad berjalan dengan
lancar tanpa sebarang masalah teknikal Abang Khairul Anuar Abang Karim, Pengurus Stesen Petronas Petra Jaya
yang dilaporkan oleh para pekerja kami
dan pengguna yang menggunakan
aplikasi mudah alih seperti Petronas Setel
atau Touch ‘n Go dapat menikmati proses
pembayaran yang lebih pantas dan
efisien.
“Walau bagaimanapun, bagi
mereka yang memilih untuk membayar
secara tunai di kaunter, mungkin akan
mengambil sedikit masa tambahan,” jelas
Abang Khairul Anuar Abang Karim.
Sementara itu, bagi Wan Mohd
Qayyum Wan Nik Kamal, 29, memberikan
penghargaan kepada Kerajaan MADANI
yang memberi subsidi kepada rakyat
kerana dapat membantu meringankan
beban kos sara hidup rakyat.
Wan Mohd Qayyum Wan Nik Kamal, 29, terima kasih kepadaKerajaan MADANI
di atas pemberian subsidi BUDI95
Dalam perkembangan yang
sama, bagi pasangan suami isteri Kevin
Emmannuel Juvan, 30 dan Lovianna
Rachael Richard, 29, berharap agar subsidi
ini dapat dikekalkan dan diteruskan demi
manfaat jangka panjang rakyat Malaysia.
“Agar memudahkan lagi orang
ramai, dicadangkan PETROS atau BUDI95
memiliki aplikasi tersendiri pada masa akan
datang selain daripada aplikasi sedia ada
seperti Petronas Setel dan Touch ‘n Go.
“Inovasi ini diharap dapat
meningkatkan lagi kemudahan pengguna
serta memastikan proses pemberian subsidi
berjalan lancar dan efisien bagi manfaat
seluruh rakyat Malaysia,” cadang Kevin
Emmanuel Juvan yang bekerja sebagai
MIT- Technician di salah sebuah syarikat
swasta berpangkalan di Bintulu. Kevin Emannuel Jovan, 30 (kiri) bersama isteri Lovianna Rachael Richard, 29,
dan anak-anak mereka

