Page 132 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 132
genalan

Kementerian Kewangan memainkan peranan sebagai kementerian yang membangunkan dasar
ekonomi dan menyediakan belanjawan persekutuan Malaysia serta bertindak sebagai peneraju
strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi
kemakmuran rakyat dan negara.

Kementerian Kewangan juga menyelia undang-undang dan peraturan kewangan. Menteri Kewangan akan membentangkan belanjawan persekutuan
Malaysia di Parlimen pada setiap tahun. Objektif utama Kementerian adalah menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang
pertumbuhan ekonomi secara berterusan, memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan
dan berhemah serta menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Aktiviti & Pencapaian

INVEST MALAYSIA 2019

Invest Malaysia 2019 Edisi ke-15: Forum Pasaran Modal yang dianjurkan
oleh Bursa Malaysia dan Maybank dengan bertemakan ‘Ambition. Purpose.
Clarity’ telah diadakan pada 19 Mac 2019 bertempat di Shangri-La Hotel
Kuala Lumpur. Forum tersebut telah disertai oleh 2746 orang peserta dari
pelbagai pengusaha industri korporat termasuk perbankan, perladangan,
automotif, pembinaan, minyak dan gas, harta dan telekomunikasi.

Selain itu, ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Pengerusi Bursa
Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen selesai. Beliau seterusnya
bersama dalam sesi soal jawab yang dikelolakan oleh Pengerusi Bursa
Malaysia.

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, memberi ucaptama seterusnya
melancarkan Invest Malaysia 2019

120 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137