Page 135 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 135
laysiaKerja merangkumi empat komponen yang menyasarkan kepada
kumpulan tertentu iaitu:

#GraduanKerja 4 #PerintisKerja
komponen
Memberi tumpuan kepada #Malaysia Bertujuan meningkatkan
pekerjaan untuk siswazah penyertaan Pendidikan
Kerja dan Latihan Teknikal dan
baharu. Vokasional (TVET) dalam

#WanitaKerja kalangan belia.

#WatanKerja

Menarik bakat dalam Mempromosikan pekerjaan
kalangan wanita yang 3D (bahaya, kotor dan
sukar) kepada rakyat
berkelayakan Malaysia.

MAJLIS PELANCARAN STRATEGI LITERASI KEWANGAN
KEBANGSAAN 2019-2023

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 – 2023 adalah pelan tindakan
bagi menyediakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan supaya mampu
membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi
dan memupuk sikap berhemat dalam pengurusan kewangan agar bebas
daripada tekanan salah laku atau kesilapan urusan kewangan.

Usaha ini dirumuskan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FENetwork),
satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa agensi yang diterajui
bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
(SC) bersama-sama anggota pengasas termasuk Kementerian Pendidikan
(KPM), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 123
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140