Page 335 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 335
i Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan • Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang
kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau
kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Raja-Raja.
Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).
Mesyuarat Majlis Raja2 yang berlangsung di Istana Negara
Jemaah Menteri

Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah
Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal
ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik
seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang
daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat
kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai
Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat
dan Dewan Negara.

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja-raja Melayu dan Yang di-
Pertua-Yang di-Pertua Negeri. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam
Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual
Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 323
   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340