Page 333 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 333
am melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah
Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara
mengikut budi bicara Baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri,
tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya
diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-raja. Baginda juga mempunyai kuasa
mengampuni dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang
dibicarakan di mahkamah tentera dan bagi semua kesalahan yang dilakukan
di dalam Wilayah Persekutuan. Baginda adalah Ketua Agama bagi
Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk
tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan
perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan,
kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Dewan Negara Persidangan Dewan Negara

Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan
sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga
bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi
kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan,
Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-
undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun,
Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-
undang itu.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 321
   328   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338