Page 332 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 332
an Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-
undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri
daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang Sebagai ketua utama negara, Baginda mempunyai kuasa eksekutif.
membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen.
persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai
dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa
Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan.
Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam ‘Kumpulan
Wang Persekutuan Yang Disatukan’ dan semua wang hanya boleh
dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti
dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat
kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai
Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara
yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan
dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam
mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-
Raja Melayu mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga
Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang
jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau
dilucutkan jawatannya oleh Majlis Raja-Raja.
320 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan