Page 4 - Lagu Negaraku
P. 4
PENGENALAN

Lagu kebangsaan merupakan
lambang kebesaran sesebuah
negara selain daripada bendera. Ia
juga melambangkan identiti dan jati
diri sesebuah negara tersebut.

Sebagai contoh, apabila sesebuah
negara berjaya dalam pertandingan
bertaraf antarabangsa terutamanya
kejohanan sukan, maka lagu
kebangsaan peserta negara
yang menang akan dimainkan
dan bendera negara berkenaan
akan turut dinaikkan. Begitulah
penghormatan yang tinggi diberikan
kepada lagu kebangsaan.

Malaysia sebagai negara yang
merdeka dan berdaulat sudah pasti
mempunyai lagu kebangsaannya
sendiri. Lagu Negaraku telah
diangkat sebagai lagu kebangsaan
Malaysia dan diperdengarkan buat
julung kalinya selepas detik 12
malam 31 Ogos 1957 di Padang
Kelab Selangor. Bermula dari detik
itulah, lagu Negaraku terus kekal
menjadi lagu rasmi negara.

Lagu Negaraku mempunyai sejarah
yang menarik sebelum diangkat
menjadi lagu kebangsaan Malaysia.

2 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
   1   2   3   4   5   6   7   8   9