Page 8 - Lagu Negaraku
P. 8
MENDENGAR KESEMUA LAGU
KEBESARAN NEGERI
Akhirnya jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar
kesemua lagu kebesaran negeri yang sedia ada bagi mengenal
pasti lagu-lagu kebesaran negeri ini yang sesuai dijadikan lagu
kebangsaan.
Pada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran negeri Perak telah dipilih
menjadi lagu kebangsaan. Upacara pemilihan lagu kebangsaan
ini telah berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur dan
sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan
Pancaragam Polis Diraja. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa
Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan yang diketuai oleh Y TM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Lagu kebesaran negeri Perak “Allah Lanjutkan Usia Sultan”
terpilih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan. Keputusan
pemilihan jawatankuasa pemilih ini kemudiannya dikemukakan
kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan telah dipersetujui.
6 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU