Page 7 - Lagu Negaraku
P. 7
PELAWAAN KEPADA
PENGGUBAH LAGU TERKENAL

Jawatankuasa pemilihan kemudiannya mencadangkan supaya
mempelawa beberapa orang penggubah lagu yang terkenal dan
bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan.

Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan
ini adalah terdiri daripada:

Benjamin Britten Sir William Walton

Gian Carlo Menetti Zubir Said

Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu
kebangsaan untuk diteliti oleh sebuah jawatankuasa yang
dibentuk khas untuk membuat pertimbangan. Jawatankuasa
yang dipengerusikan sendiri oleh Y TM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah
bermutu tinggi namun masih tidak sesuai untuk dijadikan lagu
kebangsaan.

LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12