Page 13 - Manual Perhubungan Awam
P. 13
GURUSAN MEDIA

Pengurusan media ini akan memberikan fokus kepada empat (4) topik iaitu:
i. Perhubungan Media;
ii. Penulisan Media;
iii. Pengurusan Sidang Media; dan
iv. Pengurusan Pusat Media.

I. PERHUBUNGAN MEDIA

Medium atau saluran perhubungan media yang digunakan untuk menghubungkan antara pihak Kerajaan dengan
pihak media ialah :
a. Media Konvensional – merupakan media cetak dan elektronik.
b. Media Dalam Talian (Online) – merupakan media dalam talian yang boleh diakses seperti portal berita

dan laman sesawang.
c. Media Sosial/Siber – merupakan kaedah penyebaran maklumat dengan pantas dan real time secara

kolektif yang melibatkan interaksi seperti aplikasi Facebook, Twitter, WhatsApp, Youtube dan sebagainya.
d. Media Engagement – merupakan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengamal media sebagai

sasaran bagi meningkatkan jaringan komunikasi strategik antara Kementerian/Jabatan/Agensi dengan
agensi media.

II. PENULISAN MEDIA

a) Siaran Media

Merupakan suatu penulisan ringkas yang padat bagi menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti, perkhidmatan,
produk, pencapaian, individu dan lain-lain yang mempunyai nilai berita dan menarik untuk sebaran media. Siaran
media amat penting untuk dijadikan panduan kepada media bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
Siaran Media perlu mempunyai struktur seperti berikut:
1. Kepala surat yang mengandungi nama Kementerian/Jabatan/Agensi, butiran perhubungan seperti nombor

telefon/faksimili, e-mel dan alamat laman sesawang.
2. SIARAN MEDIA (PRESS RELEASE) dalam huruf besar dan dihitamkan.
3. Tajuk hendaklah ditulis dalam huruf besar dan dihitamkan (ringkas dan menarik perhatian).
4. Kandungan Siaran Media kebiasaannya mengandungi jawapan kepada soalan 5W, 1H

– Who (siapa), What (apa), Where (di mana), When (bila) dan Why (kenapa) serta
How (bagaimana) mengikut kesesuaian acara.
5. Maklumat dalam perenggan ini mesti berbentuk informatif yang boleh menarik perhatian media.
6. Perenggan yang terakhir mempunyai ringkasan kenyataan dan maklumat perhubungan dengan jelas
seperti nama, nombor telefon dan e-mel, sekiranya pihak media ingin mendapatkan maklumat lanjut
berkaitan program.
7. Menyediakan versi dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian acara.
8. Gambar dan siaran media harus diletakkan di dalam fail yang berasingan sebelum e-mel dihantar kepada
pihak media bagi memastikan kualiti gambar tidak terjejas.
9. Nyatakan tarikh dan masa bagi EMBARGO atau SIARAN SERTA-MERTA.
10. Menyatakan nama pegawai yang boleh dihubungi.

5M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18