Page 14 - Manual Perhubungan Awam
P. 14
11. Sila nyatakan sumber atau nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap sesuatu program dalam siaran
media tersebut.

12. Siaran Media boleh dihantar melalui faks, e-mel dan disertakan di dalam Kit Media (Press Kit).

b) Kenyataan Media

Merupakan suatu kenyataan kepada orang awam untuk memberi penerangan tentang program atau isu bagi
mendapatkan sokongan masyarakat. Selain itu, Kenyataan Media juga digunakan bagi membetulkan salah liputan
dan tanggapan serta memberi penjelasan atau pencerahan situasi sebenar dalam pengurusan krisis.

c) Jemputan Media/Nota Kepada Pengarang (Note to Editor)

Merupakan makluman dan jemputan kepada media untuk membuat liputan (berita dan foto) mengenai acara/
aktiviti/isu/peristiwa yang dijalankan penganjur.
►► Embargo (sekiranya perlu)
Merupakan satu penetapan masa atau tarikh untuk siaran yang harus dipatuhi oleh para pengamal media

sebelum hebahan maklumat kepada umum.
►► Foto Kapsyen
Merupakan keterangan gambar yang dihantar oleh Kementerian/Jabatan/Agensi sebagai maklumat

kepada pengamal media untuk siaran/penerbitan.
►► Rencana/Penulisan Khas
Merupakan penulisan sesuatu peristiwa, isu atau maklumat yang dihantar kepada media untuk diterbitkan.
►► Ralat
Merupakan satu pembetulan kepada media mengenai sebarang kesilapan terhadap Jemputan Media/

Nota Kepada Pengarang yang telah dihantar.
INFO
e-press adalah sistem yang digunakan sebagai penyaluran maklumat kepada media melalui Jemputan Media
/ Nota Kepada Pengarang dan siaran media yang dimuat naik.
(http://epress.penerangan.gov.my)

6 Manual Perhubungan Awam
Jabatan Penerangan Malaysia
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19