Page 16 - Manual Perhubungan Awam
P. 16
 PENGURUSAN PUSAT MEDIA

a) Pusat Media Bencana

Jabatan Penerangan Malaysia telah menerbitkan buku Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Pusat Media
Bencana sebagai rujukan dalam mengoperasikan Pusat Media semasa kejadian bencana berdasarkan Arahan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.

b) Pusat Media Acara

Pusat Media Acara akan beroperasi sekiranya terdapat permintaan daripada penganjur mengenai sesuatu acara/
program rasmi yang dilaksanakan di peringkat Antarabangsa/Kebangsaan/Negeri. Pusat Media Acara membantu
pihak media dalam dan luar negara mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu acara dengan cepat, tepat dan
sahih daripada penganjur.

c) Proses Kerja Pengurusan Pusat Media PEGAWAI YANG MELULUSKAN
/ DIRUJUK
Bil. PERKARA KKK
KKK
1. Terima arahan daripada Pengurusan Atasan. KKK/PPA
2. Mengenal pasti program atau isu yang berkaitan.
3. Menyediakan Jemputan Media/Nota Kepada Pengarang/Siaran KKK/PPA

Media/Kenyataan Media dan menyediakan tempat untuk Sidang KKK
Media.
4. Membuat semakan Siaran Media dan memastikan tempat untuk KKK/PPA
Sidang Media.
5. Dapatkan pengesahan daripada Ketua Jabatan atau Setiausaha
Akhbar (SUA) untuk Siaran Media/Kenyataan Media sebelum
diedarkan kepada media massa.
6. Memantau dan memastikan penyediaan Jemputan Media/Nota
Kepada Pengarang, Siaran Media dan pengendalian Sidang Media
dilaksanakan dengan baik.

8 Manual Perhubungan Awam
Jabatan Penerangan Malaysia
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21