Page 69 - Manual Perhubungan Awam
P. 69
PENGURUSAN ISU
Pengurusan isu yang komprehensif bagi memastikan sesuatu isu dapat diuruskan secara terancang seterusnya
memastikan penyelesaian yang menyeluruh antara pihak Kementerian/ Jabatan/Agensi dengan orang ramai.
Di samping itu, pengurusan isu juga berupaya mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan
(Kementerian/Jabatan/Agensi) melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi
memenangi hati rakyat
II. KAEDAH PENGURUSAN ISU
a) Pemantauan Media - Pemantauan media dilaksanakan bagi mengenal pasti sama ada terdapat isu-isu
berkaitan organisasi yang dibincangkan melalui semua saluran media seperti media elektronik, media
cetak dan media sosial. Sila rujuk Sektor Hal Ehwal Korporat, Bab II – Pemantauan Media.
b) Analisis/Siasatan - Isu dikenal pasti perlu dianalisis sebelum ianya menjadi krisis. Siasatan terperinci
dengan mendapatkan input daripada Bahagian atau Agensi berkaitan untuk menyediakan rebuttal.
c) Tangkis (Rebuttal) - Draf maklum balas disediakan hasil dari input yang diperolehi daripada Bahagian
atau Agensi. Draf maklum balas yang disediakan perlulah jelas dan menyeluruh dalam menangkis segala
tohmahan secara spesifik, konsisten dan berkesan. Draf ini perlu mendapat persetujuan dan kelulusan
pemegang taruh (stakeholder) dan disalurkan kepada media yang berkenaan.
►► Contoh kaedah yang boleh diambil adalah dengan mengadakan sidang media atau mengeluarkan
kenyataan media oleh Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan atau melalui infografik.
d) Laporan – Pemegang taruh (Stakeholder) dimaklumkan hasil pengurusan isu yang dilaksanakan sama ada
dalam bentuk laporan harian/mingguan/bulanan/suku tahun (jikaperlu).
e) Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan Perkhidmatan - Sebarang ketakakuran atau kecacatan dasar/
peraturan perlu dimaklumkan kepada pemegang taruh (stakeholder) untuk kajian semula.
61M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia