Page 73 - Manual Perhubungan Awam
P. 73
GURUSAN PELANGGAN

Bidang tugas pengurusan pelanggan yang melibatkan Unit Komunikasi Korporat atau Pegawai Perhubungan
Awam adalah seperti berikut:
i. Perkhidmatan Pelanggan/Kaunter;
ii. Kepuasan Pelanggan;
iii. Piagam Pelanggan;
iv. Hari Bertemu Pelanggan; dan
v. Delighting the Customer.

I. PERKHIDMATAN PELANGGAN / KAUNTER

Perkhidmatan pelanggan atau kaunter bertindak dalam menyelaras penyampaian perkhidmatan barisan hadapan
dan maklum balas pelanggan yang melibatkan:
a) Pertanyaan – Tindakan orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih

berhubung sesuatu perkara.
b) Aduan Awam – Pengaduan-pengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang

tindakan pentadbiran Kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang
berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan- keperluan awam (public utilities) yang dirasakan tidak
adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada, termasuk salah laku, penyelewengan,
salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya. (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BIL. 1 Tahun
2009). Pengaduan-pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran Kerajaan kecuali perkara- perkara
yang berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Bantuan Guaman,
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam.
c) Cadangan – Buah fikiran, pendapat, saranan dan usul yang dikemukakan untuk menambahbaik
penyampaian sistem perkhidmatan.

SKOP PENGURUSAN ADUAN AWAM

a) Rekod dan Pendaftaran – Merekod dan mendaftarkan setiap aduan yang diterima.
b) Penyelarasan dan Maklum Balas – Memberi akuan penerimaan dalam tempoh (1) hari bekerja dan

maklum balas awal dalam tempoh 3 hari bekerja.
c) Pelaporan kepada pihak pengurusan – Membuat pelaporan kepada pihak Pengurusan Tertinggi dalam

Mesyuarat Pengurusan Kementerian/Jabatan/Agensi.
d) Pengurus Prosedur Kualiti Pengurusan Aduan – Unit Komunikasi Korporat Kementerian/ Jabatan/Agensi

adalah bertanggungjawab terhadap kualiti pengurusan aduan.

65M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78