Page 74 - Manual Perhubungan Awam
P. 74
II. KEPUASAN PELANGGAN

a) Kajian - Kajian Kepuasan Pelanggan bertujuan mendapatkan maklum balas pelanggan untuk mengukur
tahap penyampaian perkhidmatan awam.

b) Kajian manual dan dalam talian - Kajian dilaksanakan secara manual dan dalam talian melibatkan
responden secara menyeluruh.

c) Peti Cadangan - Memastikan peti cadangan disediakan di setiap Bahagian Kementerian/Jabatan/Agensi
dan ditempatkan di lokasi yang bersesuaian. Peti cadangan dibuka dua (2) kali sebulan dan laporan
hendaklah dibuat dan diangkat kepada Pengurusan Tertinggi.

d) Borang Aduan - Borang Aduan boleh didapati di kaunter perkhidmatan pelanggan dan juga boleh diakses
di laman sesawang secara dalam talian.

e) Mystery Shopping - Pelaksanaan Mystery Shopping secara berkala bagi memastikan keperluan terhadap
penyampaian perkhidmatan awam dapat dipenuhi dan memenuhi ekspektasi pelanggan.

III. PIAGAM PELANGGAN

Laporan Prestasi Secara Bulanan dibentangkan di peringkat Pengurusan Tertinggi dan dipaparkan di laman
sesawang Kementerian/Jabatan/Agensi.

IV. HARI BERTEMU PELANGGAN

Memastikan Kementerian/Jabatan/Agensi mengadakan Hari Bertemu Pelanggan secara berkala yang dilaksanakan
melalui kaedah bersemuka dan dalam talian.

V. DELIGHTING THE CUSTOMER

Menyediakan kemudahan mesra pelanggan dan hospitaliti (ruang menunggu yang selesa, tempat letak kereta, lif,
coffee corner, tandas dan sebagainya) bagi memudahkan pelanggan atau orang ramai berurusan dan mendapat
perkhidmatan yang cekap dan mesra.

INFO
Dokumen Rujukan:
►► Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2008 – PANDUAN PENGURUSAN

PERHUBUNGAN PELANGGAN.
►► Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2009 – PANDUAN PENAMBAHBAIKAN

PROSES PENGURUSAN ADUAN AWAM.
►► Sila rujuk laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di

www.mampu.gov.my.

66 M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79