Page 126 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 126
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Malaysia Ranking Universiti Terbaik Asia 2017
Pengajian Tinggi di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Ini dibuktikan dengan penarafan universiti terbaik berdasarkan
penilaian oleh badan-badan penilaian antarabangsa. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) pada 16 Mac
2017, Universiti Malaya telah disenaraikan dalam ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017

Universiti Malaya, berada di kedudukan ke-59, diikuti oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di tangga 120 teratas. Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 121-130. Sementara itu, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
menduduki ranking 141-150, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam (ranking 151-160) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada
kedudukan (ranking 161-170). Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) berada di kedudukan 251+.

Ranking Universiti Dunia THE adalah satu-satunya carta pencapaian global yang menilai universiti penyelidikan intensif meliputi pengajaran,
penyelidikan, pemindahan ilmu dan tinjauan antarabangsa. Pencapaian ini merupakan berita baik bahawa Malaysia mempunyai lebih dua
kali representasinya dalam ranking universiti terbaik Asia tahun 2017 dengan menduduki tangga kesembilan dalam senarai 300 universiti
terbaik, naik daripada empat tangga tahun 2016.

11 Subjek IPT Senarai Kedudukan Dunia
Taraf pendidikan tinggi negara makin meningkat naik dengan 11 subjek kini dalam 50 teratas di peringkat dunia. ‘QS World University
Rankings by Subject 2017’ yang dikeluarkan pada Mac 2017 menunjukkan 11 subjek itu ialah lima dari Universiti Malaya (UM), empat
subjek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan masing-masing satu subjek dari Universiti Taylor dan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131