Page 129 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 129
NEGARAKU TAHUN MERDEKA 115

HKL Hospital Terbesar di Asia Tenggara
Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) telah
ditubuhkan pada tahun 1870, merupakan
sebuah hospital yang terbesar di Asia
Tenggara. HKL mencatat sejarah apabila
melakukan pembedahan pertama artery
bypass pada 22 Oktober 1982. Institut
Pediatrik HKL pula mencatat sejarah
apabila memisahkan pasangan kembar
siam pada tahun 1988. Selain dari
Hospital Universiti, HBKL turut menjadi
pelopor dalam bidang pembedahan
kembar siam.

Kejayaan Pembedahan Pemindahan Lengan Malaysia
Cipta Rekod Dunia
Pada Mei 2000, pakar bedah Dr. V Pathmanathan mengetuai
sekumpulan 55 orang dari Hospital Selayang, Selangor dalam
menjalankan pembedahan pemindahan lengan ke atas seorang
bayi yang pertama di dunia. Chong Lih Ying, yang dilahirkan tanpa
lengan, menerima lengan daripada saudara kembarnya Lih Jeng,
yang meninggal dunia akibat kerosakan otak semasa dilahirkan.
Pembedahan untuk menyambung lengan Lih Jeng kepada tubuh
Lih Ying mengambil masa 15 jam. Kejayaan ini turut dicatatkan
dalam Guinness World Book of Record.
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134