Page 130 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 130
NEGARAKU TAHUN MERDEKA
Profesor Emiritus Datuk Dr. Lam Sai Kit
Bukti Kemampuan Doktor Malaysia
Penyebaran virus Nipah pada tahun 1998 dan
1999, merupakan penyebab baru kepada viral
encephalitis atau radang otak. Penemuan virus
Nipah berjaya mengalih perhatian antarabangsa
kepada kemasyhuran saintis di Malaysia. Profesor
Emeritus Datuk Dr. Lam Sai Kit merupakan orang
yang menemui virus Nipah. Keputusan uji kaji
yang dilakukan oleh beliau membuka jalan untuk
mengurangkan kematian mengerikan disebabkan
beberapa penyakit berpunca daripada virus
demam denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut
serta virus Chikungunya.
Beliau telah dianugerahkan pingat “National
Order of Merit (Chevalier/Knight)” oleh Kedutaan
Perancis di Malaysia. Anugerah tersebut
merupakan penghargaan yang diberikan oleh
Kerajaan Perancis kepada rakyat Perancis dan
warga asing yang mencapai tahap kecemerlangan
tertentu dalam perkhidmatan awam, angkatan
tentera atau sektor swasta.
UPM Universiti Pertama Guna ABBI
Pada tahun 2005, kumpulan penyelidik Universiti Putra
Malaysia (UPM) telah berjaya membangunkan satu
peralatan digital dan perisian mudah bagi membantu
ahli radiologi untuk meningkatkan pengesanan
awal kanser payu dara dengan lebih cepat dan tepat
melalui kaedah mammogram. Dengan kerjasama dari
sektor swasta, UPM telah tampil dengan Advance
Breast Biopsy Imaging (ABBI), iaitu satu prosedur
biopsi berpandukan imej. UPM merupakan universiti
pertama menggunakan alat sepertinya dan keputusan
ujian adalah tepat seumpama menjalankan prosedur
biopsi secara terbuka.