Page 132 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 132
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Khidmat Kesihatan Malaysia Ke-3
Terbaik Dunia
Pada tahun 2017, perkhidmatan
kesihatan yang ditawarkan di
Malaysia diiktiraf sebagai ketiga
terbaik di dunia oleh Majalah
International Living. Pengiktirafan
itu didorong faktor capaian
perkhidmatan kesihatan yang diberi
kepada pesakit di setiap pelusok
daerah di Malaysia antaranya Klinik
1Malaysia, Klinik Desa dan lebih 200
klinik bergerak di seluruh negara.

Malaysia Destinasi Pelancongan Hospital swasta Malaysia juga memenangi empat anugerah - Hospital Antarabangsa Terbaik
Kesihatan dan Perubatan Terbaik 2017 (Sunway Medical Centre), Klinik Pergigian Antarabangsa 2017 (Imperial Dental Specialist
2017 Centre), Inisiatif Pemasaran Terbaik (Sunway Medical Centre), Klinik Kesuburan Antarabangsa
Malaysia melakar kecemerlangan Terbaik 2017 (TMC Fertility Centre) dan Inisiatif Kualiti Terbaik - Paling Banyak Mendapat Pujian
dalam bidang pelancongan kesihatan (Sunway Medical Centre).
dan perubatan bagi tiga tahun
berturut-turut apabila memenangi
Anugerah Destinasi Pelancongan
Kesihatan dan Perubatan Terbaik
2017. Anugerah yang diterima oleh
Majlis Pelancongan Penjagaan
Kesihatan Malaysia (MHTC) sempena
Sidang Kemuncak Pelancongan
Perubatan (IMTJ) di Madrid pada
23-26 Mei 2017 itu, mengukuhkan
lagi kedudukan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan perubatan
terkemuka yang menyediakan
perkhidmatan penjagaan kesihatan
boleh didapati dengan mudah dan
mampu milik dengan kualiti bertaraf
dunia. Keselamatan dan penjagaan
pesakit juga diberi keutamaan dan
dijamin oleh mandat standard tinggi
daripada peraturan ketat kerajaan.
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137