Page 60 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 60
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

“Selidik punya selidik, pemilik kedai itu

sebenarnya tali barut komunis. Selama

ini dialah yang memberi bekalan beras

kepada komunis. Patutlah saya dan

orang Kampung Liang Batu dituduh

memihak kepada komunis. Jadi, saya

telah buat laporan kepada pegawai

polis dan meminta untuk melakukan

serangan terhadap komunis.

Persetujuan diterima, kemudian saya

bersama 12 orang anak buah terus

mengatur strategi.

“Lebih kurang pukul 11 malam, bulan terang.
Kami terdengar ketukan yang kuat. Komunis ketuk
pintu kedai, komunis datang. Kami terus tembak.
Tembakan pertama tak kena. Komunis lari. Saya
terus beri arahan. Kepung, kepung, kita kepung!”

Hakikatnya Abdul Hamid terpaksa menyimpan bekalan
berasnya di sebuah kedai runcit milik seorang pekedai
berbangsa Cina bernama Ah Soon. Oleh kerana terlalu
marah dituduh menjadi penyokong komunis, pada suatu
malam, peniaga beras ini meletakkan guni berisi kulit bawang
bercampur cili kering di kedai itu.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65