Page 63 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 63
NEGARAKU TAHUN MERDEKA 49

Perjuangan Tidak Pernah Luntur

Che Minar Pahang atau dikenali sebagai Mak Tengah, dilahirkan
pada 30 Disember 1921 di Kampung Manjor, Kelantan. Ketika
berusia 17 tahun, dia menyertai pasukan Home Guard (HG) untuk
mengawal keamanan dan keselamatan di kampungnya. Selepas
menjalani latihan menembak selama tiga hari di Kem Gong
Kedak, Pasir Puteh, Kelantan, wanita ini kembali ke Kampung
Manjor dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menentang
pengganas komunis. Che Minar berkhidmat dalam Home Guard
selama lapan tahun secara sukarela.

Wanita bersemangat waja ini dan rakan-rakannya merupakan
serikandi Kampung Manjor, Kuala Krai yang bangkit
mempertahankan negara daripada komunis ketika darurat pada
tahun 1948. Tujuan komunis memasuki kampung ini adalah untuk
menakluki dan memonopoli hasil pertanian orang kampung,
termasuk padi.

Menyedari keberanian dan semangat
juang yang tinggi pasukan Home Guard
wanita ini, pengganas komunis terus
melarikan diri. Beliau juga pernah
menembak seorang wanita Orang Asli
yang menjadi tali barut komunis.
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68