Page 18 - Raja Payung Negara
P. 18
A
BERPERLEMBAGAAN
Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi bebas
yang melambangkan keyakinan rakyat terhadap
sistem pemerintahan demokrasi. Seri Paduka
Baginda secara simbolik berperanan sebagai tonggak kepada
simbol perpaduan melangkaui kaum. Institusi ini mempunyai
kedudukan istimewa seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara termaktub dalam Perkara 32
Perlembagaan Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara,
Baginda menjadi lambang kedaulatan, ketaatan, perpaduan,
kebesaran dan kemuliaan negara. Baginda dipilih daripada
sembilan orang Sultan yang memerintah Perlis, Kedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan
Kelantan.
002 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman